Tuesday, March 31, 2009

Sikap PHD

Phd yang dimaksudkan bukan Ijazah Kedoktoran, tapi ianya lebih kepada pingat hasad dengki. Heran, kebanyakkan yang berkelakuan ini merupakan gol kita. Bila difikirkan tak der kerja lain ke nak dibuat. Bila kawan dapat kenaikkan, pujian dan penghargaan kita bermuka-muka ucapkan tahniah kepada mereka. Walhal di belakang kita mengatakan apa kelayakan mereka dapat benda itu. Sikap beginilah yang membuatkan melayu takkan maju ke hadapan. Kita patut bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Mungkin hari ni kita mengata si polan, esok ramai pula yang akan mengata pasal kita. tak payahla berbaik dengan seseorang hanya untuk mencungkil rahsia org lain.

Selain itu, sikap cucuk mencucuk.. Pada saya adalah lebih baik kalau semua perkara yang kita dengar, kita diamkan saja jika tidak melibatkan diri kita. Kalau ianya melibatkan org lain pun dan kita ingin mencari kebenaran, bertanya kepada empunya diri.. Kalau kita dengar dan kita bertanya perkara itu untuk org lain, kan dah jadi satu isu yang berpanjangan..walhal ianya tak melibatkan kita langsung...Mencari kebenaran adalah bagus tapi kalau tidak tahu hujung pangkal akan menjadi satu masalah besar.. bahkan kalau perkara itu tidak betul, kita merupakan mereka yang pembawa citer... Biarlah mereka yang terlibat, bertanya sendiri perkara yang mereka rasakan perlu. Berdepan merupakan perkara yang baik.. tapi berapa ramai yang snaggup berdepan dan jujur dalam percakapan mereka? Last-last kita yang dianggap sebagai pembawa masalah...

Apa yang penting, kalau kita buat sesuatu yang betul nescaya Allah akan tunjukkan satu hari nanti...

Friday, March 20, 2009

Anak Buah ku

18 March lepas genap anak buah iwan berumur 16 tahun (oppsss...silap rupanya dah masuk 17thn) beliau bersekolah di Spore kerana duk dengan neneknya. Alhamdulillah exam o-level dah lepas dah membolehkan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Semoga iwan akan terus cemerlang dan berjaya.. So bolehlah menjadi harapan untuk menjaga mama dan papa nanti. Good luck