Monday, October 12, 2009

Rumah Terbuka

Minggu ni adalah minggu terakhir bulan syawal dan rumah terbuka. Jika di izin Allah insyaAllah keluarga kami akan mengadakan Majlis Aqiqah untuk Dhia pada hujung minggu ni. Waktu Darwisy dulu majlis aqiqah diadakan di kampung. Memandangkan kami dah ada rumah sendiri dan bersempena bulan syawal maka majlis kali nie kami adakan di rumah sendiri saje. Diharap rakan yang mempunyai masa lapang dapat memeriahkan majlis aqiqah dhia nanti..

Monday, September 28, 2009

Lama Bersawang

Dah lama tak update blog ni.. semenjak dah ada 'dua beg tangan' hehehe (Darwisy & Dhia). Hari nie saya mula kembali bekerja setelah 3 bulan bercuti. Agak slow juga nak panaskan enjin.. Sekembali ke pejabat banyak kerja yang perlu di selesaikan.. penuh pigeon hole dgn surat-surat..

Pagi lagi dah hantar mereka berdua ke rumah kakak. Mesti kakak kelam kabut hari nie maklumla first time kena jaga mereka berdua. Selama saya bercuti, dhia dijaga sepenuhnya oleh saya manakala Darwisy lebih manja duduk dengan kakak dan suami(maklumlah sebulan saya tinggalkan beliau sewaktu di tahan di hospital). Tambahan setelah ada adik, darwisy kelihatan lebih manja dan kadang kala cemburu dengan adiknya.. Dia tetap sayang adiknya dan setiap pagi akan cium pipi adiknya.. tapi ikut gaya sayang dialah..kadang-kala lembut.. kadang kala kuat semacam.. Tapi pagi tadi kami bedua siap pesan kat abang supaya jaga adik baik-baik..

Tuesday, August 18, 2009

Dhia Batrisya

Esok genap sebulan minggu Dhia dilahirkan. Alhamdulilah semuanya selamat dan berjalan dengan lancar. Dhia dilahirkan di PPUM pada jam 8.55 pagi pada 23 Julai 2009.. Dhia dilahirkan dengan berat 3.29.. lebih 0.09 gram dari abangnya Darwisy...kelahirannya juga genap 37 minggu 6 hari. Terima aksih juga kepada Dr. dan jururawat di Wad M1 PPUM yang sentiasa menjaga saya dengan baik selama sebulan. Jasa kalian tidak terbalas. Terima kasih juga kepada rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang menghantar ucapan tahniah..

Saturday, July 11, 2009

23 Julai 2009

Masuk 23 Julai Julai ni genaplah sebulan saya di tahan di hospital. Memandangkan kandungan kali ni uri di bawah (placenta previa) maka temujanji yang sepatutnya saya lakukan pada pada 24 Jun lalu bertukar menjadi benda lain. saya ditahan serta merta oleh Dr... puas merayu untuk memohon supaya tak masuk wad pada hari tu, namun segalanya tak berhasil. Dr mengatakan kandungan saya telah masuk minggu ke 33. so amat bahaya jika pendarahan berlaku. Maka dengan keterpaksaan tanpa barang keperluan saya di tahan pada hari tersebut. Masa tu juga call office inform kat mereka bahwa saya ditahan sehingga bersalin. Nasib baik persiapan kerja di pejabat telah saya cuba siapkan sebaik mungkin agar pemangku tidak terperanjat untuk mengambil alih tugasan tersebut..

Tapi, malangnya lagi duk di hospital lagi macam-macam kes yang dapat kita lihat... perasaan takut pun ada.. Bosan mmg tak boleh nak cakaplah.. kami tak dibenarkan keluar dari wad.. so hanya diminta berehat banyak-banyak.. Alhamdulillah di hospital dr dan jururawat sentiasa monitor tahap kesihatan kami... terima kasih tak terhingga kepada mereka.

Isnin lalu Dr telah mengesahkan bahwa 23 Julai ni saya akan menjalani pembedahan.. kecuali aklau pendarahan berlaku leabih awal dari tarikh yang dirancang.. Hati mmg senstiasa berdebar, macam-macam perasaan yang timbul.. benda antara hidup dan mati kita tak tahu apa akan terjadi selepas itu.

Kepada semua, jika ada salah dan silap yang telah saya lakukan secara sengaja atau tidak saya ingin memohon kemaafan dan keampunan. Doakan semoga segalanya berjln dengan lancar.. amin

Tuesday, June 23, 2009

Bengkel MQA

Bermula dari hari nie, beberapa orang staf akademik terlibat dalam menyiapkan kertas kerja untuk MQA. Memang jenuh memerah otak untuk menyiapkan kertas kerja ini. Semua bagi komitmen yang baik dan perbincangan ini akan diteruskan sehingga semuanya selesai.

Friday, June 19, 2009

Lega.. sikit.. Masalah lain Timbul

Alhamdulillah lega sikit minggu lepas satu persatu tugasan dapat diselesaikan sebelum saya cuti bersalin. Tinggal beberapa tugasan yang perlu dikemaskini supaya semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Sekarang yang perlu dijaga kesihatan diri.. Tengah duk menghitung bila nak g hospital check up kat, ayah pula masuk hospital tengahari tadi. Sakit biasa yang selalu dialami. Ayah tidak boleh minum air terlampau banyak. Mungkin kebelakangan ni cuaca panas so ayah telah mimum air dalam kuantiti yang berlebihan. Mengikut Dr, sehari ayah cuma boleh minum 600ml je.. Kita ingatkan kalau kurang air berbahaya, namun terlebih pun sama kes gak.. cuma kes ayah ni lain sebab ayah ada banyak penyakit.So harapan supaay ayah cepat keluar hospital tambahan pula sekarang mcm2 kes berjangkit ada kat hospital.

darwisy pun start hari isnin hari tu asyik demam... sebab tumbuh gigi. Bila dah demam dia akan meragam.. kesian kat Mak Long yang jaga diri. Semoga semuanya akan berjalan lancar minggu depan. Harap tak lamalah ayah duk hospital dan darwisy pun cepat sihat

Thursday, May 21, 2009

Minum Air Gula

Pagi tadi saya dikehendaki minum air gula kali ke 2. kali pertama hari tu resultnya ok. Tapi sebabkan prosedur katanya, saya dikehendaki minum air gula untuk kali ke2 hari ni. Memang menyeksakan... mana tak nya.. air segelas yang diberikan tu sememangnya manis sangat..

Pada sebelah malamnya sebelum pg ke hospital, kita hendaklah berpuasa, dan pagi lagi terus nurse ambil darah dan diminta kita minum air gula tersebut.. Makan dan minum mmg tak boleh sehingga 2 jam selepas minum air gula tersebut. Lepas minum mmg rasa nak termuntah, pening dan macam-macam lagi..

Semua ini disebabkan kejujuran saya melaporkan yang ayah saya ada penyakit kencing manis. Disebabkan ada keturunan so kenala melalui prosedur ini. Tapi walauapa pun mungkin ada hikmahnya dgn apa yg berlaku. waktu mengandungkan Darwisy dulu pun 2 x saya kena minum air gula tersebut, cuma pada zaman itu, air gula yang diberikan taklah sebanyak berbanding prosedur baru kali ini..

Wednesday, May 13, 2009

Hospital

Last week saya telah berjumpa dr bertanya tentang keaadaan kandungan. Dah masuk minggu ke 27 namun 'placenta' kandungan kali ni masih berada di bawah. Dr meminta saya datang semula pada minggu ke 31 dan kalau placenta masih di bwh, alamatnya sebulan saya kena duk di wad sebelum date bersalin.

Terperanjat dgr apa yang dikatakan oleh Dr. Sebulan, maknanya saya terpaksa berjauhan dengan darwisy n family selama sebulan++ dan juga time ni adalah masa yang sibuk untuk tugasan admin yang diamanahkan. Banyak perkara yang bermain di fikiran.

Terfikir, jika perkara ni betul-betul terjadi, maka saya akan menyusahkan ramai orang terutamanya keluarga dan kawan-kawan di pejabat....