Thursday, August 14, 2008

Pengalaman Kerja Part Time

Saya dilahirkan bukanlah dalam keluarga berada. Arwah emak adalah seorg surirumah tangga dan ayah pula bekerja sebagai pengawal keselamatan. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya yang bongsu. Memandangkan saya datang dari keluarga yang hidup sederhana so bila ada masa lapang saya akan buat kerja part time terutamanya bila ayah terpaksa berhenti kerja kerana penyakit jantung (sewaktu diploma).

Saya bekerja membantu jiran membuat kuih tart pada masa tu. Kalau banyak yang saya dpt buat banyaklah duit upah yang diperolehi. Saya buat kerja part time tu sehingga habis belajar ijazah. Dengan duit yg diperolehi dapatlah dibuat belanja harian ke universiti.

Alhamdulillah selepas tamat belajar, saya mendapat biasiswa untuk sambung pelajaran ke australia. Itulah pengalaman pertama nak ke luar negara, rasa takut semua ada. Rasanya kalau tidak dapat biasiswa itu, tak merasalah pergi ke Australia. Terima kasih kepada UiTM.

Bila jejaki kaki ke bumi Sydney barulah tahu di sana kos hidupnya tinggi. Dengan elaun AUD 600++ mmg akan cukup-cukup untuk dibuat belanja. Bagi menampung keperluan hidup di sana, so saya pun mengambil peluang bekerja mengikut 'Wak Sam' (mmg popular di Sydney). Dia banyak memberi peluang untuk anak-anak Malaysia yang ingin membuat part time dalam bidang katering. Macam-macam kerja yang saya lakukan di sana antaranya buat popiah, karipap, sate dan tolong berniaga. Upah yang diberikan itu digunakan untuk membeli keperluan lain. Selain itu juga saya bekerja membersihkan dapur dewan makan Malaysia Hall (cuci pinggan/bersihkan dapur dwn mkn, mop). Dengan buat kerja itu dapatla jimatkan duit makan dalam AUD120 sebulan.

So pengalaman sebegini mmg tak mudah dilupakan, nasib baik kawan-kawan banyak yang memahami, namun ada juga yang mengata 'aishah sanggup kau kerja jadi org gaji, tak cukup duit ke?tak malu ker?'. Bukannya tak cukup duit, tapi apabila kita bekerja part time ianya sedikit sebanyak dapat menampung belanja harian kita dan pada saya biarlah kita kerja apa sekalipun asalkan ianya halal dan buat apa nak malu. Lagi malu kalau kita meminta-minta dari org lain, ini kita berusaha sendiri.

So kepada semua ada masa nak kerja part time buatla tapi kenalah pandai membahagikan masa anda, jangan yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran.

8 comments:

EmBuN PaGi said...

Salam,

Puan..syahdu saya baca kisah puan ni..tapi kisah puan mengingatkan kembali zaman saya diploma dulu saya keje part time kat Grand Blue Wave...huhuhu..sedih la pulak rasanya...cari duit lebih la katakan.Tapi skang walaupun saya baru sambng Ijazah tapi saya bangga dapat bayar yuran belajar dengan gaji sendiri.(walaupun gaji saya ciput je)

aiShaH said...

Salam,
Takpe embun biar gaji sedikit asalkan berkat so you akan rasa sentiasa cukup dengan wang tersebut

cebad said...

Kita lebih menghargai hasil daripada usaha yang halal. Kita tidak akan menunjuk2 hasil yang halal.

cebad said...

banggalah dengan rezeki yang halal.

Amar said...

Pengalaman juga merupakan sumber ilmu kehidupan yang berguna untuk kita jadikan sumber panduan, rujukan, dan kenangan kepada diri kita, anak-anak kita, keluarga kita dan rakan-rakan anak bangsa kita.
Tentang soal perbelanjaan untuk survival kita belajar dan sebagainya kita kena tengok dan belajar dari orang CINA..tak payak lah kita pergi ke negara CINA, walaupun ada hadis nabi berkenaan dengan perkara menuntut ilmu ni...

Di Malaysia ni pun banyak perkara positif yang kita boleh pelajari dai masyarakat CINA..tentang penguasaan ekonomi, hartanah, pembinaan dan sebagainya..

Imbau balik semasa awal tahu 70'an, ketika saya di sekolah rendah walaupun orang CINA pada ketika itu pun dikatakan telah menguasai ekonomi tetapi masih kita dapat lihat ada orang Cina (nyonya) yang bekerja di rumah-rumah melayu mengambil upah membasuh kain dan buat apa saja kerja unutk membiayai makan, pelajaran dan pendidikan anak-anak..saya rasa orang sekarang tak pernah lihat perkara ini..tetapi itu realiti dan akhirnya kini sukar dan tidak ada yang berbuat demikian...kini mereka berjaya dan kita mencemburui mereka..kita kena belajar dari mereka...

zepp said...

Pn...sy tersentuh menbaca kisah pn ni...terasa mcm dlm jejak kasih...sebenarnya..sy pun datangnya dari keluarga yang susah..pagi tlg bapak noreh getah...blk noreh tlg bapak petik kelapa.dapatlah bapak duit nk beli beras...adik2 pulak kecik2 lg..semua tangan sy yg menjaga adik2..syukur pd Allah..kakak sy guru,sy dan adik sy guru...adik yg sorang tu veterina..sy korbankan separuh hidup sy ni utk adik2..sbb tu la lmbt sambung belajar..penah sy blk dr melaka duit dlm poket rm5.tawakkal pd Allah agar tk jd hal dlm perjlnan dan motor tk buat hal.Apa yg penting pn,apa pn yg kita buat, keiklasan hati kita.jgn malu dgn apa orang nk kata asalkan kita buat yg halal...btl tk?ni nk raya ni nanti...blh lah bagi rasa tat nenas ke,jambu ke atau apa jenis perasa tat lah....blh ke?mcm tk nk bagi jer....tk apa lah...huhuhu..arios..salam.

zepp said...

knp tk masuk cmmt sy ye?

zepp said...

nk kena tggu pn luluskan pulak daaaaa