Saturday, July 11, 2009

23 Julai 2009

Masuk 23 Julai Julai ni genaplah sebulan saya di tahan di hospital. Memandangkan kandungan kali ni uri di bawah (placenta previa) maka temujanji yang sepatutnya saya lakukan pada pada 24 Jun lalu bertukar menjadi benda lain. saya ditahan serta merta oleh Dr... puas merayu untuk memohon supaya tak masuk wad pada hari tu, namun segalanya tak berhasil. Dr mengatakan kandungan saya telah masuk minggu ke 33. so amat bahaya jika pendarahan berlaku. Maka dengan keterpaksaan tanpa barang keperluan saya di tahan pada hari tersebut. Masa tu juga call office inform kat mereka bahwa saya ditahan sehingga bersalin. Nasib baik persiapan kerja di pejabat telah saya cuba siapkan sebaik mungkin agar pemangku tidak terperanjat untuk mengambil alih tugasan tersebut..

Tapi, malangnya lagi duk di hospital lagi macam-macam kes yang dapat kita lihat... perasaan takut pun ada.. Bosan mmg tak boleh nak cakaplah.. kami tak dibenarkan keluar dari wad.. so hanya diminta berehat banyak-banyak.. Alhamdulillah di hospital dr dan jururawat sentiasa monitor tahap kesihatan kami... terima kasih tak terhingga kepada mereka.

Isnin lalu Dr telah mengesahkan bahwa 23 Julai ni saya akan menjalani pembedahan.. kecuali aklau pendarahan berlaku leabih awal dari tarikh yang dirancang.. Hati mmg senstiasa berdebar, macam-macam perasaan yang timbul.. benda antara hidup dan mati kita tak tahu apa akan terjadi selepas itu.

Kepada semua, jika ada salah dan silap yang telah saya lakukan secara sengaja atau tidak saya ingin memohon kemaafan dan keampunan. Doakan semoga segalanya berjln dengan lancar.. amin

2 comments:

anggerikpink said...

salam.chah.....lama da xdgr khabar..Chah aku harap sumernya bjln lancar n slamat..aku doakn ko slamat chah..jgn risau ya..tenang2 aja..bykkn doa doa n ingat Allah sntiasa ya....

Anonymous said...

salam puan aisyah...
saya doakan puan selamat dan dalam keadaan sihat. semoga Allah melindungi puan dan anak puan... Janganlah puan risau dan banyakkanlah berdoa.. semoga puan di cucuri rahmat-Nya...

amin

Nurul Adzimah (Angah)