Bila dikenangkan semula zaman belajar dulu & kini mmg banyak bezanya.. Dulu semua serba kekurangan - nak dapatkan internet access & buku rujukan mmg susah. Dalam kelas pula, pensyarah mmg jarang gunakan white board utk bagi nota.. so apa yang mereka cakap kita terpaksa salin.. kalau terlepas terpaksalah mencari dan meminjam nota dari kawan-kawan yang sempat menyalin..maka akan berlakulah pertukaran nota selepas kuliah..
Memandangkan buku rujukan terlampau limited so kami terpaksala jugalah pergi meminjam di perpustakaan.. kiranya perpustakaan menjadi rumah kedua selepas habis kuliah. Kalau buku telah dipinjam org lain maka melepaslah kami dan terpaksala tunggu pelajar yang pinjam tadi memulangkannya. Walau apapun berlaku pada zaman itu, kami amat bersyukur kerana bila berada dalam keadaan yang susah maka kami berusaha dgn lebih gigih lagi untuk berjaya. Dan tanpa didikan dari pensyarah maka tidaklah dapat kami berada di tahap ini.
Pelajar zaman la ni semua amat beruntung.. segala-galanya ada di depan mata, buku rujukan banyak & lecturer pula siap bagi nota lengkap untuk rujukan mereka. Namun yang sayangnya bila segala kemudahan diberikan ada segelintir daripada mereka tidak pernah menghargainya. Buku yang dicadangkan untuk rujukan tidak di beli (walhal PTPTN ada), nota kuliah yang dimasukkan dalam i-Learn jarang dibuka.. hanya menunggu kawan-kawan mebuat salinan dan bawa ke kelas.
Bila dilihat keadaan sekarang & dulu mmg banyak bezanya.. pelajar-pelajar zaman kini pun ada segelintir dari mereka tidak hormat akan mereka yang tua.. Seperti yang berlaku dalam kelas MODUL LPKP pagi tadi.. Sepanjang mengendalikan program ni, hari ni punya pengalaman mmg tak dapat dilupakan...kisahnya bermula apabila terdapat beberapa org pelajar yang tidak hormatkan pensyarah dan staf pentadbiran.. Datang MODUL LKPK bukan sebab ikhlas tapi terpaksa, maka bila tidak ikhlas apabila berada dalam kelas minat mmg dah tak der dan mereka lebih suka buat loyar buruk.. mungkin mereka ingat dah ada diploma boleh besar kepala.. Yang tak patutnya apabila sibuk nak balik awal - 30 minit selepas modul dijalankan dan pegawai yg bertugas meminta mereka menunjukkan surat pelepasan.. ada di antara mereka yang tidak berpuas hati dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai terbabit. Adakah begini sikap pelajar IPTA.. Nasib baik semester ini, pelajar-pelajar saya tidak berperangai sebegini.. minta simpang
Kami pelajar zaman dulu tidak berani menaikkan suara atau memarahi staf yang bekerja.. Ingatla walaupun 'kakak-kakak atau abang-abang' terbabit tidak mempunyai 'diploma' seperti anda tapi tolongla hormat kerana mereka ini lebih tua dari anda.. dan segulung diploma yang anda diperolehi tidak bernilai jika perasaan hormatkan org lain tiada dalam sanubari anda... macamana anda nak bekerja nanti.. adakah bila org bawahan tidak dapat melakukan tugas mereka, anda akan memaki hamun pekerja tadi?? Fikirkan... Budi bahasa mencerminkan bangsa
Masa dan Risau
9 hours ago
15 comments:
jangan katakan pelajar ipt, skrang pelajar sek rendah & menengah pn dh makin "besar kepala". kdg2 grm dgn sikap insan2 cmni. mane silapnya?ibu bapa yg gagal mendidik? guru-guru yg gagal mendidik? atau diri sendiri yg gagal dididik? dlm hal ni, saranan Islam agar kita yg melihat atau berhadapan mslh ni bykkan bersabar, berusaha membantu sedaya mgkin dgn hikmah wal mau'izatul hasanah disamping berdoa...
Aishah,
Kalau benar kejadian ini berlaku. Minta staf terbabit maklumkan kepada pihak fakulti. Buat laporan. Saya suka benar berdepan dengan pelajar sebegini. Kalau tidak diajar tentu menjadi ..... Bukannya susah sangatkan kalau berbudi bahasa kan. Amat rugilah mereka yang menolak mentah2 modul yang disediakan untuk membangunkan pelajar ini. Kalau tidak mereka akan terus ter'tidor'.
Kalau pelajar diploma minta jumpa saya (degree pun boleh). Degree jumpa ketua program dia.
Salam rekreasi....
Mungkin pelajar dulu penakut atau mak bapak mereka mengajar dengan baik supaya menghormati orang yang lebih tua...... apakah student skarang kurang belajar atau KURANG AJAR........
p/s; Alhamdulillah....sempat saya belajar dgn Pn.Aishah sebelum puan fly utk sambung belajar dulu.....
Hakikat Rimba....
Entahla.. tapi rasanya student dahulu anggap guru sebagai ibu bapa mereka.. org yg memberi ilumu harus dihormati.. La ni (bukan u all- segelintir yg lain) anggap dah ada diploma dan bagus..
En Hisyam.. mmg berlaku pun hari sabtu hari tu.. nanti aishah hantar laporan susulan..
madam,
biasala tuh...kalu masing2 dah bajet bagus dpt masuk u nih kan..sdepa xtau yang klakuan depa tuh nnt akan kna balik kat dri depa sniri...so biaq p la kat depa madam...kita hanya bleh berdoa ja..kalu nk marah kang ngadu kat mak bapak plak...hmm...payah btoi kalu xdak nilai2 murni lam diri..hehehe...
Masalahnya bukan dekat saya tak berani dia nak kata apa pun.. Ni yg kena staf pentadbiran.. perkataan B... dilontarkan kepada kakak-kakak ini
Bagi saya pelajar sekarang ni dah lupa niat dia datang belajar di universiti. Mereka ni cuma kejarkan glamour je, tunjuk pada kawan-kawan lain yang mereka layak masuk universiti..bukan nak belajar sangat pun...ikut kehendak ibubapa....
Ada juga yang okey, betul-betul nak belajar, hormat pada orang dan mempunyai tingkahlaku dan mentaliti yang baik unutk belajar.
Tetapi kebanyakannya tak ambil serioun tentang akademik..kalau tak caya nanti tengok result mereka untuk first semester nanti..
Patutnya mereka ni score 4.00 every semester compared to PLK dan epjj student kerana duti depa hanya belajar berbanding yang dah kerja, dah kahwin dan sebagainya
Jadi kepada adik-adik pelajar baru fikir-fikirkanlah...
elok la andai plajar tersebut di panggil dan diberi sedikit tazkirah agar dia sedar..
Salam puan
Salah satu faktor masalah ini berlaku kerana fakulti kita terlalu besar dan tiada majlis perkenalan dalam fakulti Sains Sukan.Kalau diperkenalkan Majlis "Induction" untuk pelajar baru mungkin boleh membuat mereka mengenali lecturer & senior2 dalam fakulti,begitu juga dgn senior boleh mengenali junior2.
Saya sendiri pun xtau sapa junior dalam fakulti ni...semua sama jer..hmm
sapa puan..
bia senior kasi nasihat..
hehe..
Betul juga, akan datang mmg bagus kalau majlis suai kenal dijalankan. Atleast dpt kenal antara satu sama lain.. tapi bukannya untuk 'buli' pelajar nie
hormat menghormati sesama manusia~
tak kira dimana jua kite berada atau kita org berada....=)
Memang bagus juga kalau diadakan majlis suaikenal tu..sokong 100% itu inisiatif kita pel lama atau fakulti..tapi jika pelajar baru atau orang muda ni tak komited masalah jua...
Ni yang jadi di kolej-kolej jika adaka aktiviti...jenuh nak paksa pelajar ni turun secara sukarela...yang senior pun sama jga denganalasan pelajar lama.
Prog di adakan itu pundepa tak keluar satu sen pun...kita minta depa hadir je...kesian abang2 kakak2 JPK organise program..
Bagaimana agaknya nak bagai kesedaran atau nak bagi nampak pada orang muda-muda ni..sebab apa yang kita sarankan untuk manfaat mereka juga...yang berjaya besok juga mereka..
hehe... nak semua senang.... tp xnak ssh... ttg plajar skang.... mgkin kurang ajar.... ataupun mgkin da terlebih ajar, smpai xtau kt mane dorg nak luahkan.... ape2pun ingt r... kalo kita besar, ade yg lg besar... kalo kita kuat, ade yg lg kuat, kalo kita samseng, ada lg samseng...
Post a Comment