Tuesday, July 8, 2008

Semester Bermula

Kring.... cepat sudah masa berlalu, kuliah semester Julai- Nov 2008 membuka tirainya.

First week kelas bermula masih ada pelajar yang tidak hadir ke kelas. Tapi nak tak nak kelas terpaksa diadakan juga kerana kalau tidak dijalankan takut silibus yg diamanahkan tak sempat dihabiskan.

Pelajar semester ni nampak baik-baik belaka, macam mudah dilentur..(first impression). Walaupun untuk kelas minggu pertama ini nota telah dimasukkan ke dlm i-Learn, namun sistem ni masih tidak dapat digunakan oleh pelajar.. so terpaksala mereka menyalin apa yang patut...

Bagi pelajar semester pertama pula, mereka agak terpingga-pingga bila diberitahu tentang macamana nak download nota kelas melalui sistem i-Learn.. so banyakla sms, dan panggilan telefon yang bertanya tentang perkara ni. Namun saya 'respect' mereka kerana tak mudah putus asa dan berusaha untuk mendapat nota kuliah.

So hopefully pelajar-pelajar ni, tidak akan leka dan berusaha untuk mencapai impian yang dihajati. Kesian pada keluarga (mak, ayah) yang berkorban menghantar dan mengharapkan anak mereka berjaya. Jangan mudah lupa apabila berada di menara gading.

No comments: