Wednesday, August 27, 2008

Diari Ramadhan

Aktiviti yang patut diamalkan semasa Ramadhan:

1. Melewatkan sahur, menyegerakan berbuka.
2. Menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Qur'an.
3. Solat tarawih setiap hari tanpa mengabaikannya walau satu malam.
4. Bertadarus (jika kelapangan) untuk memperbaiki bacaan tajwid & makhraj.
5. Berpeluang qiyamullail pada tiap-tiap malam kerana Lailatul Qadar datang sekali setahun dalam Ramadhan.
6. Membanyakkan zikrullah.
7. Membanyakkan berdoa semasa berpuasa kerana ia waktu yang mustajab doanya.
8. Bersedekah dan menjamu mereka yang berpuasa.
9. Berharap2 supaya akan menemui Ramadhan yang akan datang.
"Selamat Datang Ramadhan. Kedatanganmu Dirindui, Pemergianmu Ditangisi... "

3rd Anniversary

Pejam pelik, pejam pelik cepat betul masa berlalu sekarang nie. Rasa macam baru semalam berkahwin tapi bila diconggak balik rupa-rupanya sudah masuk ke angka 3. Alhamdulilah, hari nie merupakan hari ulangtahun perkahwinan saya yang ketiga. Semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal hingga ke akhir hayat. Amin

* Tahniah diucapkan kepada Kak Yan kerana mendapat cahayatama lelaki kedua.
** Tahniah juga kepada Ida, Imilia & Pitt kerana bakal menimang cahayamata tidak lama lagi...
*** Tahniah & syabas kepada Pn Norlizah, En Borhan, Cik Suhana & En Kee kerana mendapat kenaikan pangkat...

Hari FSR & Majlis Anugerah Dekan

Semlm petang hingga ke majlis, FSR telah menganjurkan Hari FSR & Majlis Anugerah Dekan. Untuk Hari FSR Fakulti telah mengadakan pertandingan Futsal, Bola Jaring & Bola Tampar. Staf akademik seperti Cik Su, Cik Maizan, Pn Nadiah & Pn Jam turut mengambil bahagian. Tapi nasib kurang bernasib baik buat Kak Nadiah sebab tercedera semasa pertandingan dilangsungkan. Untuk Kak Nad semoga cepat sembuh.

Pada sebelah malamnya pula, Majlis Anugerah Dekan telah diadakan. Untuk meraikan mereka, para pelajar yang baru telah mempersembahkan beberapa persembahan yang mencuit hati untuk tontonan umum. Kepada pelajar yang mendapat Anugerah Dekan, tahniah diucapkan dan teruskan kecemerlangan anda. Diharapkan program seumpama nie dapat diteruskan pada masa hadapan.

Monday, August 18, 2008

Alumni HomeComing

Bermula hari jumaat sampai semlm berlangsung Alumni Home Coming di UiTM. Alumni FSR pun tidak melepaskan peluang menghantar wakil untuk beberapa event. Keputusan untuk Futsal, FSR telah berjaya mendapat tempat kedua.

Thursday, August 14, 2008

E - BLOG CEBAD DI GLOB - E: Pecah Amanah

Adakah ker org buat gini? Tersilap kot

Pengalaman Kerja Part Time

Saya dilahirkan bukanlah dalam keluarga berada. Arwah emak adalah seorg surirumah tangga dan ayah pula bekerja sebagai pengawal keselamatan. Saya mempunyai 4 orang adik beradik dan saya yang bongsu. Memandangkan saya datang dari keluarga yang hidup sederhana so bila ada masa lapang saya akan buat kerja part time terutamanya bila ayah terpaksa berhenti kerja kerana penyakit jantung (sewaktu diploma).

Saya bekerja membantu jiran membuat kuih tart pada masa tu. Kalau banyak yang saya dpt buat banyaklah duit upah yang diperolehi. Saya buat kerja part time tu sehingga habis belajar ijazah. Dengan duit yg diperolehi dapatlah dibuat belanja harian ke universiti.

Alhamdulillah selepas tamat belajar, saya mendapat biasiswa untuk sambung pelajaran ke australia. Itulah pengalaman pertama nak ke luar negara, rasa takut semua ada. Rasanya kalau tidak dapat biasiswa itu, tak merasalah pergi ke Australia. Terima kasih kepada UiTM.

Bila jejaki kaki ke bumi Sydney barulah tahu di sana kos hidupnya tinggi. Dengan elaun AUD 600++ mmg akan cukup-cukup untuk dibuat belanja. Bagi menampung keperluan hidup di sana, so saya pun mengambil peluang bekerja mengikut 'Wak Sam' (mmg popular di Sydney). Dia banyak memberi peluang untuk anak-anak Malaysia yang ingin membuat part time dalam bidang katering. Macam-macam kerja yang saya lakukan di sana antaranya buat popiah, karipap, sate dan tolong berniaga. Upah yang diberikan itu digunakan untuk membeli keperluan lain. Selain itu juga saya bekerja membersihkan dapur dewan makan Malaysia Hall (cuci pinggan/bersihkan dapur dwn mkn, mop). Dengan buat kerja itu dapatla jimatkan duit makan dalam AUD120 sebulan.

So pengalaman sebegini mmg tak mudah dilupakan, nasib baik kawan-kawan banyak yang memahami, namun ada juga yang mengata 'aishah sanggup kau kerja jadi org gaji, tak cukup duit ke?tak malu ker?'. Bukannya tak cukup duit, tapi apabila kita bekerja part time ianya sedikit sebanyak dapat menampung belanja harian kita dan pada saya biarlah kita kerja apa sekalipun asalkan ianya halal dan buat apa nak malu. Lagi malu kalau kita meminta-minta dari org lain, ini kita berusaha sendiri.

So kepada semua ada masa nak kerja part time buatla tapi kenalah pandai membahagikan masa anda, jangan yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran.

Wednesday, August 13, 2008

Alumni Home Coming

Kepada semua alumni FSr marilah datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis alumni UiTM nie. Ada pertandingan Futsal, bola jaring, explorace,sukaneka,golf dan konsert.Katanya ada hadiah untuk penyertaan alumni fakulti yang terbanyak. Tempat tinggal & makan semua disediakan. So FSR alumni semua datang tau pada 15-17 Ogos nie. Matlumat lanjut layari http://alumni.uitm.edu.my..

Tuesday, August 12, 2008

Piket

Ujian pagi ini terpaksa dibatalkan kerana hanya 6 org pelajar yang hadir ke kelas. Saya dimaklumkan pihak asrama meminta mereka untuk berkumpul dan menganhtar memorandum ke pejabat SUK pagi ini. Maka terpaksalah saya mengantikan test ini pada hari lain..

Sunday, August 10, 2008

Anakku


Gambar di ambil 2 minggu lepas sewaktu pergi ke 'The Curve'. Waktu tu niat nak beli mainan untuk Darwisy.. tapi terbabas sampai beli baju semua. Bila dah bayar, kami ditawarkan untuk mengambil gambar anak.. so darwisy pun tunjukkan 'pose' yang menawan untuk di share bersama. tetapi memandangkan waktu itu darwisy baru 3 bulan ++ terpaksalah papanya jadi latarbelakang memegang kain tersebut.

Friday, August 8, 2008

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat;

2. Sabar apabila mendapat kesulitan;

3. Tawakal apabila mempunyai rencana / rancangan ;

4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;

8. Jangan iri hati dengan kekayaan orang;

9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;

10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan ;

11. Jangan tamak kepada harta;

12. Jangan terlalu menghendaki akan sesuatu kedudukan;

13. Jangan hancur kerena kezaliman;

14. Jangan goyah kerena fitnah;

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;

17. Jangan sakiti ayah dan ibu;

18. Jangan usir orang yang meminta-minta;

19. Jangan sakiti anak yatim;

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah(masjid);

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;

25. Biasakan solat malam;

26. Perbanyakkan zikir dan do'a kepada Allah;

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;

28. Sayangi dan santuni fakir miskin;

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;

30. Jangan marah berlebih-lebihan;

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;

33. Berlatihlah untuk banyak berfikir ;

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;

36. Jangan percaya ramalan manusia;

37. Jangan terlampau takut miskin;

38. Hormatilah setiap orang;

39. Jangan terlampau takut kepada manusia;

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;

41. Berlakulah adil dalam segala urusan;

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;

45. Perbanyakkan silaturrahim;

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;

47. Bicaralah secukupnya;

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;

54. Hormatilah kepada guru dan ulama;

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;

56. Cintai keluarga Nabi saw;

57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;

66. Jangan membenci seseorang kerena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.

70. Jangan melukai hati orang lain;

71. Jangan membiasakan berkata dusta;

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain;

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berjaya dari kita;

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;

80. Jangan sedih kerena miskin dan jangan sombong kerena kaya;

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;

85. Hargai kejayaan dan pemberian orang;

86. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kemampuan diri kita;

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan jasmani atau fikiran kita menjadi terganggu;

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang (pastikan aurat) dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;

97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.


Wednesday, August 6, 2008

i-Learn & i- Class

Kecanggihan teknologi telah menyebabkan segala-galanya kerja menjadi lebih mudah, terumatanya kepada para pelajar. Ini kerana UiTM telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan sistem i-Learn untuk pelajar full time & i-Class untuk pelajar e-PJJ. Melalui sistem ini pelajar kini boleh mengambil nota, berinteraksi dan mengambil ujian di dalam.

Selama ini saya hanya mencuba 2 perkara saja iaitu memberi nota dan berinteraksi.. Bermula minggu lepas saya telah mencuba perkara yang baru iaitu membuat ujian melalui sistem nie. 'Trial test' dilakukan bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan sistem yang saya anggap baru ini.

Sebelum ujian ini dijalankan, segala proses bagaimana untuk menduduki ujian ini telah dimaklumkan. Ada sesetengah pelajar yang bila mendengar akan menduduki ujian melalui sistem ni agak gembira dan ada juga yang berasa takut...

Namun setelah pelajar ini mendudukinya, pelbagai maklumbalas yg diterima.. Kebanyakkan mereka berpendapat senang menggunakan sistem nie, cuma yang tak sanggupnya sebab saya meletakkan had masa. So perasaan 'nervous' sentiasa ada ketika menjawab soalan yang diberikan.. Next week barulah saya akan mengadakan ujian yang sebenarnya dengan menggunakan sistem nie. All the best to all of you.

Monday, August 4, 2008

Lawatan Praktikal

Hujung minggu lepas dihabiskan dengan melawat pelajar praktikal di sebelah utara tanahair. Seorang di Majlis Sukan Negeri Perak dan seorang lagi di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim. Alhamdulillah pelajar-pelajar ini mendapat pujian daripada majikan masing-masing... Majikan mereka amat gembira dengan komitment kerja yang diberikan oleh pelajar UiTM khasnya dari Fakulti... dan berharap agar Fakulti menghantar lagi pelajar praktikal ke tempat mereka.