Thursday, September 18, 2008

PICC

Ditakdirkan pada hari selasa yang lepas, kami berlima dari FSr diminta untuk menyertai event yang dikendalikan oleh bahagian akeptmalaysia. Pagi-pagi lagi kami telah bersedia untuk ke sana dgn menumpang kenderaan TD en Hashbul..

Sampai saja di sana, alhamdulilah majlis yang dijadual bermula pada pukul 8.00 pagi masih belum bermula lagi.. maka masuklah kami berlima ke dalam dewan yang gah pada gambaran mata kami. Cantik itula ayat yang terkeluar dalam mulut kami..

Ramai juga pensyarah yang menyertainya terutamanya dari UiTM
(universiti yg terbesar). Perasmian telah dilakukan oleh YB Datuk ir. Idris b. Hj. Harun, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Banyak yang disampaikan tapi yang paling menarik minat saya tentang satu perkara; iaitu untuk hidup dengan pelbagai bangsa & agama kita hendaklah sentiasa bertolak ansur. Kalau tak kehidupan kita tak kan aman dan sentosa...YB menambah.. kita berjaya hidup dengan bersatu padu sehingga bagi agama Islam kita dilarang memegang khinzir apatah lagi untuk memakannya tapi ini merupakan sajian bagi masyarakat Cina... so kita bertolak ansur... Bagi masyarakat Islam, bila menjelang raya saja banyak lembu yang dikorban, tapi haiwan ni merupakan Tuhan bagi masyarakat India. .. perkara nie berlaku sebab kita bertolak ansur....

Setelah difikirkan semula, sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum.. kita hendaklah hormat menghormati satu sama lain.. perpaduan yang dicapai harus dikekalkan agar masyarakat akan datang tetap dapat menikmati apa yang kita perolehi kini....


No comments: