Monday, September 22, 2008

20 September 2008

20 Sept yang lepas, kami telah pergi ke KLIA untuk menghantar Aiman (sepupu suami) melanjutkan pelajaran ke Mesir. Beliau insyaAllah akan melanjutkan pelajaran selama 6 tahun di Mesir dibawah tajaan MARA dalam bidang kedoktoran. Ramai saudara mara yang menghantar Aiman dan mendoakan kejayaan beliau. Saya sempat bertanya kat Mak Teh.." Mak teh tak sedih ke nak raya nie Aiman takder bersama"..Mak teh sempat menjawab " takpe aiman takder ada lagi 2 anak yang masih beraya bersama".. kuat betul semangat dan kecekalan ibu untuk melihat anaknya berjaya... Namun air mata tetap mengalir ketika melepaskan anak yang tersayang berjauhan untuk tempoh 6 tahun.

Bila melihat keadaan itu, teringat kenangan pergi ke luar negara ketika saya menyambung pelajaran dulu. Masih teringat pada masa bersalam, semua ahli keluarga menangis kerana itulah pertama kali mereka melepaskan saya pergi keseorangan ke luar negara... Saya cuba menahan sebak sehingga setitik air mata pun tidak mengalir dihadapan mereka. alhamdulilah berjaya, Saya terus menarik beg berjalan menuju ke terminal dan apabila lepas dari pandangan mereka, tanpa diduga air mata yang ditahan tadi mengalir selaju-lajunya. Terasa sayu sangat...Maklumla saya pergi seorang ke destinasi yang tidak tahu bagaimana masyarakatnya.. Alhamdulilah duduk di sana selama 1 1/2 tahun semuanya berjalan dengan lancar dan baik.

1 comment:

wegreentheearth said...

alhamdulillah...
semoga puan pun akan jadi ibu yang cekal seperti ibu saudara puan tu..
amin...