Hari nie merupakan kuliah minggu terakhir sebelum pelajar-pelajar memulakan cuti raya mereka minggu hadapan. Ada beberapa kelas minta kelas ditunda.. tapi memandang yang tiada cuma seorang dua so kuliah tetap diteruskan seperti biasa... alhamdulilah yang lain masih berjaya datang ke kelas.
Tahun nie, saya akan beraya ke rumah mertua di SP. Tahun pertama beraya di sana kerana sebelum nie ayah mertua masih bekerja dan kami beraya ni Kampung Gajah saje. Adik-adik ipar pula kebanyakkan tidak dapat balik pada hari raya pertama, mereka hanya balik pada hari raya ke 2 dan ke 4 .. so nampaknya tak ramaila orang di rumah mertua kali nie... Dan tahun nie pula tahun pertama saya bersama suami beraya dengan anak kami Darwisy. Persiapan alang kadar je cuma sempat buat sejenis kuih je tahun nie. Maybe kat rumah mertua baru smabung balik buat kuih..
Memandang kat Sp takder internet so di kesempatan ni saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua dan maaf zahir batin kalau ada salah dan silap. Halalkan segala makan dan minum. Kepada para pelajar, hati-hati dijalan raya.... dan ingat, test akan diadakan selepas raya.. so bacala buku..assalamualikum..
Masa dan Risau
2 days ago
No comments:
Post a Comment