Monday, September 22, 2008

Raya Di Sungai Petani



Raya tahun nie kami balik awal ke rumah mertua, 5 hari sebelum raya. Memandangkan hanya kami sekeluarga yang balik untuk raya pertama kali nie, so kami hanya g berbuka ke rumah Mak Tam di Merbok. Meriah bila dok membeli makanan bebuka di SP...macam-macam ada pulak tu kuih yang dijual murah dan sedop rasanya..2 hari sebelum raya hujan turun tanpa henti si SP.. teringatkan Shah Alam.. kalaulah hujan macam nie alamatnya banjirla Shah Alam

Raya pertama selepas solat raya je, terus call ayah yang beraya di Johor serta kakak & makcik di singapura.. mohon ampun maaf dari mereka..sedih gak sebab bila beraya di SP makna tak dapatla gi geylang di malam raya dan makan ketupat nasi, sebab menu di SP biasanya ketupat palas & lemang. Selepas bermaafan dengan keluarga kami semua berangkat ke Alor Setar.

Di Alor setar adik beradik sebelah bapa mertua yang seramai 10 orang (termasuk my father in law) telah menunggu untuk salam hari raya. Maka beraturlah kami beramai-ramai untuk salam-bersalam mengikut urutan pangkat.. Tok Chick, ayah lope,.... sampaila ayah cu.. dalam 1 1/2 jam juala baru habis salam semua.. Sian kat Darwisy sebab berpeluh-peluh dengan baju melayu yang mamanya sarungkan..Habis kat Alor Setar kami g singgah Sik.. kampung belah mak mertua.. lepas tu baru kami balik ke SP.

Untuk pertama kalinya, raya tahun nie kami sekeluarga termasuk mertua dan ipar pakai warna baju sedondon..

3 comments:

Molly Juanis said...

Wah puan..meriah sungguh molly tgok gmbr2 puan ni...huhu..teringat pla kat kampung..

aiShaH said...

erm.. u bila nak balik kampung molly.. ke stay kat sini jer

Molly Juanis said...

Huhu..tah lah puan next year bru nk blik kampung kot..Puan skang saya dah start keje kat tpt saya ptkel dulu..Kira ok lah sementara nk tunggu peluang keja yg lain pla.