Agak lama hampir sebulan tak melayari blog. Sibuk dengan kerja dan persiapan nak pindah ke rumah baru. Lepas habis je pelajar bercuti kami semua sibuk menyemak kertas-kertas soalan. Lepas itu, didatangi pula dengan bengkel OBE yang mesti disiapkan secepat mungkin.
Memang meletihkan.. lepas tu barulah dapat bercuti sempena cuti raya haji. Ni la masa saya dapat bercuti panjang selama seminggu. Sempat gak balik ke rumah makcik di Spore untuk beraya bersama. Tapi apabila balik dari sana, kami sekeluarga tersekat dalam kesesakan lalulintas dari linggi/pedas sehingga ke seremban.. dekat situ je kami tersekat hampir 4 jam. Memang memenatkan dengan darwisy yang tak mau tido sangat.. lenguh rasa badan-badan. Bila diconggak balik perjalanan dari spore ke shah alam hampir 8 jam.. wadusss.. Terlintas gak cakap dgn syahril, kalau boleh next time kita kena panjangkan cuti bila balik kampung musim perayaan. Tapi yang malangnya, cuti kami berdua tidak sama. Bila saya boleh bercuti dia pula yang tak boleh ambil cuti.. so kebiasanya memang boleh balik kampung hujung minggu atau cuti umum sahaja.
Masa dan Risau
2 days ago
No comments:
Post a Comment