Minggu depan insyaAllah kami sekeluarga akan berpindah ke rumah baru. Bila teringat balik, ni la kali kedua saya tidak tinggal dengan keluarga.. maklumla dari kecil sampai besar mmg duk dengan family. Kali pertama apabila saya melanjutkan pelajaran di Sydney tapi itu untuk sementara sahaja. Tapi bermula minggu depan saya tidak akan tinggal sebumbung dgn familyku lagi.. Sedih sebenarnya, sebab saya mmg rapat dengan family.. Tapi memandangkan masing-masing dah ada keluarga dan anak sendiri dan saya sahaja anak perempuan ayah yang bekerja serta adik-beradik suamiku yang ramai, maka kami mengambil keputusan untuk mencari kediaman lain untuk berteduh. Maklumlah rumah ayah bilik tak banyak..
Tapi bukannya jauh sangat rumah ku dengan rumah ayah. Dalam 15 minit perjalanan. Dan rutin kami setiap pagi dan petang memang akan ke rumah ayah untuk menghantar darwisy untuk dijaga oleh kakaku. Maknanya sama sahaja, yang bezanya kami tidak tido lagi disana. Dan Radhi (anak kakaku) yang mmg rapat dengan kami berjanji akan datang dan tinggal dengan kami setiap hujung minggu. Siap pilih satu bilik menjadi bilik dia...huhuhu..
Semoga kediaman dan kehidupan kami sekeluarga dirahmati.. Amin..
Masa dan Risau
3 days ago
No comments:
Post a Comment