Tuesday, March 31, 2009

Sikap PHD

Phd yang dimaksudkan bukan Ijazah Kedoktoran, tapi ianya lebih kepada pingat hasad dengki. Heran, kebanyakkan yang berkelakuan ini merupakan gol kita. Bila difikirkan tak der kerja lain ke nak dibuat. Bila kawan dapat kenaikkan, pujian dan penghargaan kita bermuka-muka ucapkan tahniah kepada mereka. Walhal di belakang kita mengatakan apa kelayakan mereka dapat benda itu. Sikap beginilah yang membuatkan melayu takkan maju ke hadapan. Kita patut bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Mungkin hari ni kita mengata si polan, esok ramai pula yang akan mengata pasal kita. tak payahla berbaik dengan seseorang hanya untuk mencungkil rahsia org lain.

Selain itu, sikap cucuk mencucuk.. Pada saya adalah lebih baik kalau semua perkara yang kita dengar, kita diamkan saja jika tidak melibatkan diri kita. Kalau ianya melibatkan org lain pun dan kita ingin mencari kebenaran, bertanya kepada empunya diri.. Kalau kita dengar dan kita bertanya perkara itu untuk org lain, kan dah jadi satu isu yang berpanjangan..walhal ianya tak melibatkan kita langsung...Mencari kebenaran adalah bagus tapi kalau tidak tahu hujung pangkal akan menjadi satu masalah besar.. bahkan kalau perkara itu tidak betul, kita merupakan mereka yang pembawa citer... Biarlah mereka yang terlibat, bertanya sendiri perkara yang mereka rasakan perlu. Berdepan merupakan perkara yang baik.. tapi berapa ramai yang snaggup berdepan dan jujur dalam percakapan mereka? Last-last kita yang dianggap sebagai pembawa masalah...

Apa yang penting, kalau kita buat sesuatu yang betul nescaya Allah akan tunjukkan satu hari nanti...

4 comments:

aQu daN SesuAtu said...

btul tu puan....
sikap ni yang memundurkan orang2 melayu....

daripada sikap bgini...
hingga da mengatakan...

kalu ketam melayu dalam bekas...
dia akan tarik satu sama lain bila ketm tu mahu kuar bekas...
tak nak benarkan ketam tu kuar bekas....

tetapi bila ketam cina dalm bekas...
mereka akan tolak antara satu sama lain....
tuk bantu kawan2 di kuar dari bekas tu.....

aQu daN SesuAtu said...

btul tu puan...
sikap ni lah yng mmbuat....
orang2 mlyu ke belakang...

sehingga apa yng mengatakan....

kalu ketam melayu ddk dlm bekas..
mrk akn saling trik menarik.....
tuk tdk mhu mmbenarkn ktam tsebut kuar dari bekas....

tetpi kalu ketam cina ddk dlm beks.
merka akan sling tolak menolak...
tk membantu ketm tsbut kuar dri bks tsebut....

cebad said...

Jika bersikap melayu, maka tujuan mungkin phd. jika bersikap secara islam, maka ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat yang sentiasa di cari dan dikongsi.

hisyamchemat said...

Doakan sahaja orang yang diberi pingat hasad dengki (PHD) itu mendapat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pula. Tajuk kajiannya yang saya cadangkan adalah... ermmm Kenapa orang Melayu seperti saya (calon PhD tersebut) kuat hasad dengkinya. Baru kena!