Hari nie merupakan kuliah terakhir untuk saya dengan pelajar-pelajar. Cepat sangat berlalu masa 14 minggu rasanya. Dengan kesibukan mengajar dan menjalankan tugas akademik, saya rasanya masa yang ada macam tak cukup sahaja. Alhamdulliah semua markah dan kerja kursus pelajar telah disiapkan... Pelajar juga telah tahu hasil pencapaian mereka setakat nie. Ada yang bagus dan ada yang cukup-cukup makan. Walau apa pun yang penting setiap pelajar masih boleh memperbaiki keputusan mereka dengan menjawab soalan akhir dengan bersungguh-sungguh. Kena mula dari dari sekarang untuk mengulangkaji setiap subjek yang diambil.
Bagi pelahar 'research project' juga setakat nie pencapaian amat mendukacitakan. Pelajar sehingga ke saat nie masuk tidak dapat menunjukkan prestasi yang diharapkan.. Punyala menunggu questionnaire yang dijanjikan, tapi sehingga nie abyang pun tak nampak. Tak tahu mana silapnya. Bagi setiap pensyarah kita hendak membantu pelajar.. tapi pelajar perlulah ada daya inisiatif untuk melakukan perkara tersebut. Sudah beberapa mesej diberikan tapi maklum balas diterima, masih belum siap puan.... alahai pelajar ku..
Kepada semua pelajar selamat maju jaya. Saya doakan semua berjaya dan gunakan ilmu yang diberi untuk memajukan anak bangsa... teruatamanya menaikkan semua mutu sukan negara..
Masa dan Risau
3 days ago
No comments:
Post a Comment