Since last week till this week, semua staf busy dengan interview. Mmg ramai yang memohon so waktu interview hari sabtu utk diploma sampai semua tak menang tangan. Macam-macam ragam pelajar masa interview. Bila lihat rupa family yang datang.. mereka semua berharap agar anak mereka berjaya dalam temuduga terbabit. Namun semuanya bergantung atas usaha anak-anak mereka semasa temuduga dijalankan. Ada yang memang bagus dan ada juga yang tidak serius dan tidak tahu perkembangan sukan yang berlaku. Alasan sibuk tak sempat baca suratkhabar atau tengok TV.
Bila lihat mak ayah mereka atau sanak-saudara mereka yang menemankan calon ke temuduga, teringat saya masa saya temuduga kira-kira 13 tahun lepas. Masa saya datang ke temuduga, saya cuma dihantar oleh abg pada sebelah paginya dan beliau terus ke tempat kerja selepas itu. So kami pada zaman tu kena lari 2.4km.. lepas tu ada english test dan barulah ke panel temuduga.
Calon mmg ramai.. so sebab tiada sesiapa menemankan saya maka, waktu 2.4km, beg pakaian dan abrang-barang yang dibawa saya cuma tinggalkan kat mak ayah org lain utk dijagakan. Begitu juga waktu temuduga berjumpa dgn panel... Masih ingat lagi, makcik itu org terengganu dan anaknya juga ada bersama-sama untuk temuduga.. Nasib baik ada org yang sanggup menjaga barang-barang saya pada masa itu. Kalau tak pakai letak jela.. nasib ada ke tidak lepas itu...Bila difikirkan kemabali, mmg bertuah budak-budak zaman sekarang.. mak ayag sanggup meluangkan masa menghantar dan menunggu anak mereka. Ada juga mak ayah yang menelefon dan bertanyakan macam-macam perkara untuk anak mereka sebelum ditemuduga. So wahai pelajar semua, anda semua bertuah.. so gunakanlah peluang yang ada untuk berjaya.. dan jangan lupa family bila dah berjaya
Masa dan Risau
3 days ago
4 comments:
tapi puan, saya musykil lah. time saya dulu takdak pun interview?
u among yang bernasib baik kot.. sekarang ni makin ramai yang apply, tu sebab kita nak pilih mereka yang sesuai je..
Maknanya batch Ustad tak sah le sebab tak ikut syarat kemasukan ke FSR iaitu proses temuduga. Aik guna kabel ka Ustad
apabila sesuatu itu mudah didapati, selalunya jarang kita hargai
Post a Comment