Alhamdulillah lega sikit minggu lepas satu persatu tugasan dapat diselesaikan sebelum saya cuti bersalin. Tinggal beberapa tugasan yang perlu dikemaskini supaya semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Sekarang yang perlu dijaga kesihatan diri.. Tengah duk menghitung bila nak g hospital check up kat, ayah pula masuk hospital tengahari tadi. Sakit biasa yang selalu dialami. Ayah tidak boleh minum air terlampau banyak. Mungkin kebelakangan ni cuaca panas so ayah telah mimum air dalam kuantiti yang berlebihan. Mengikut Dr, sehari ayah cuma boleh minum 600ml je.. Kita ingatkan kalau kurang air berbahaya, namun terlebih pun sama kes gak.. cuma kes ayah ni lain sebab ayah ada banyak penyakit.So harapan supaay ayah cepat keluar hospital tambahan pula sekarang mcm2 kes berjangkit ada kat hospital.
darwisy pun start hari isnin hari tu asyik demam... sebab tumbuh gigi. Bila dah demam dia akan meragam.. kesian kat Mak Long yang jaga diri. Semoga semuanya akan berjalan lancar minggu depan. Harap tak lamalah ayah duk hospital dan darwisy pun cepat sihat
Masa dan Risau
4 days ago
No comments:
Post a Comment