Pagi tadi saya dikehendaki minum air gula kali ke 2. kali pertama hari tu resultnya ok. Tapi sebabkan prosedur katanya, saya dikehendaki minum air gula untuk kali ke2 hari ni. Memang menyeksakan... mana tak nya.. air segelas yang diberikan tu sememangnya manis sangat..
Pada sebelah malamnya sebelum pg ke hospital, kita hendaklah berpuasa, dan pagi lagi terus nurse ambil darah dan diminta kita minum air gula tersebut.. Makan dan minum mmg tak boleh sehingga 2 jam selepas minum air gula tersebut. Lepas minum mmg rasa nak termuntah, pening dan macam-macam lagi..
Semua ini disebabkan kejujuran saya melaporkan yang ayah saya ada penyakit kencing manis. Disebabkan ada keturunan so kenala melalui prosedur ini. Tapi walauapa pun mungkin ada hikmahnya dgn apa yg berlaku. waktu mengandungkan Darwisy dulu pun 2 x saya kena minum air gula tersebut, cuma pada zaman itu, air gula yang diberikan taklah sebanyak berbanding prosedur baru kali ini..
Pemimpin dan Amanah
2 weeks ago