Saturday, July 26, 2008

Pelajar Dulu & Kini

Bila dikenangkan semula zaman belajar dulu & kini mmg banyak bezanya.. Dulu semua serba kekurangan - nak dapatkan internet access & buku rujukan mmg susah. Dalam kelas pula, pensyarah mmg jarang gunakan white board utk bagi nota.. so apa yang mereka cakap kita terpaksa salin.. kalau terlepas terpaksalah mencari dan meminjam nota dari kawan-kawan yang sempat menyalin..maka akan berlakulah pertukaran nota selepas kuliah..

Memandangkan buku rujukan terlampau limited so kami terpaksala jugalah pergi meminjam di perpustakaan.. kiranya perpustakaan menjadi rumah kedua selepas habis kuliah. Kalau buku telah dipinjam org lain maka melepaslah kami dan terpaksala tunggu pelajar yang pinjam tadi memulangkannya. Walau apapun berlaku pada zaman itu, kami amat bersyukur kerana bila berada dalam keadaan yang susah maka kami berusaha dgn lebih gigih lagi untuk berjaya. Dan tanpa didikan dari pensyarah maka tidaklah dapat kami berada di tahap ini.

Pelajar zaman la ni semua amat beruntung.. segala-galanya ada di depan mata, buku rujukan banyak & lecturer pula siap bagi nota lengkap untuk rujukan mereka. Namun yang sayangnya bila segala kemudahan diberikan ada segelintir daripada mereka tidak pernah menghargainya. Buku yang dicadangkan untuk rujukan tidak di beli (walhal PTPTN ada), nota kuliah yang dimasukkan dalam i-Learn jarang dibuka.. hanya menunggu kawan-kawan mebuat salinan dan bawa ke kelas.

Bila dilihat keadaan sekarang & dulu mmg banyak bezanya.. pelajar-pelajar zaman kini pun ada segelintir dari mereka tidak hormat akan mereka yang tua.. Seperti yang berlaku dalam kelas MODUL LPKP pagi tadi.. Sepanjang mengendalikan program ni, hari ni punya pengalaman mmg tak dapat dilupakan...kisahnya bermula apabila terdapat beberapa org pelajar yang tidak hormatkan pensyarah dan staf pentadbiran.. Datang MODUL LKPK bukan sebab ikhlas tapi terpaksa, maka bila tidak ikhlas apabila berada dalam kelas minat mmg dah tak der dan mereka lebih suka buat loyar buruk.. mungkin mereka ingat dah ada diploma boleh besar kepala.. Yang tak patutnya apabila sibuk nak balik awal - 30 minit selepas modul dijalankan dan pegawai yg bertugas meminta mereka menunjukkan surat pelepasan.. ada di antara mereka yang tidak berpuas hati dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai terbabit. Adakah begini sikap pelajar IPTA.. Nasib baik semester ini, pelajar-pelajar saya tidak berperangai sebegini.. minta simpang

Kami pelajar zaman dulu tidak berani menaikkan suara atau memarahi staf yang bekerja.. Ingatla walaupun 'kakak-kakak atau abang-abang' terbabit tidak mempunyai 'diploma' seperti anda tapi tolongla hormat kerana mereka ini lebih tua dari anda.. dan segulung diploma yang anda diperolehi tidak bernilai jika perasaan hormatkan org lain tiada dalam sanubari anda... macamana anda nak bekerja nanti.. adakah bila org bawahan tidak dapat melakukan tugas mereka, anda akan memaki hamun pekerja tadi?? Fikirkan... Budi bahasa mencerminkan bangsa

Thursday, July 24, 2008

Berat Mulut..

Sedih dan geram rasanya dgn segelintir pelajar yg berat mulut. Payah nak bercakap satu hal.. ni bila kita tanya 'FAHAM' ke tak.. angguk-angguk kepala mengesahkan yang dianya 'FAHAM'. Ada 'SOALAN' tak.. semua diam membisu (sepatutnya diam tanda paham). Tapi bila ditanya soalan kepada mereka langsung tak le jawab. Sape nak dipersalahkan??

Kita yang mengajar ni cuba sedaya upaya memberi input kepada pelajar.. kalau mereka ni diam dan tak bertanya manalah kita ni tahu diorg ni tak faham.. jenuh bertanya kat mereka setiap kali 'KULIAH' dijalankan.. Bukannya kita ada pakai 'BOMOH' boleh baca fikiran mereka.. ishkkk.. Kalau tak faham lain kali bertanyalah.. takder org nak marah... kalau tak anda mmg akan sesat jalan.. jangan hanya pandai cakap-cakap di belakang kerana akhirnya nanti 'PENSYARAH' juga yang akan dipersalahkan..walhal mereka ni tak tahu 'APA KES" pun

So sebagai pelajar jujurla atas perbuatan anda.. jangan berat mulut sangat kerana kami tak rugi.. yang rugi anda juga..

Janji J

Saya telah mengarahkan J melakukan satu pengorbanan hari ini.. Dan J berjanji untuk menunaikannya bulan depan (tak lama lagi pun)

Kepada J.. ingat janji anda yer.. harap anda dapat tunaikan bulan depan

Wednesday, July 23, 2008

SAF lagi..

Pejam celik pejam celik.. Sukan Antara Fakulti kembali lagi.. Tahun ni saya diletakkan untuk menjaga sukan netball.. Last year Handball.. So malam ni mereka akan ke pusingan suku akhir dan seterusnya. Harap anda semua berjaya..

So kepada yang lain, kalau ada masa lapang, jenguk2 apa yang patut.. Sokong Fakulti anda..

Monday, July 21, 2008

e-PJJ students

FSR staf selamat pulang ke Shah Alam pada jam 12.15 pagi.. Agak jauh perjalanan 12 jam di dalam bas..(banyak menyinggah) .. paginya pula kebanyakkan staf FSR akan datang semula ke Fakulti untuk mengajar kelas ePJJ.

Kelas e-PJJ semester ni bilangan studentnya amat besar 20++. Saya dimanahkan untuk mengajar subjek sport & media relation & sport management. Untuk subjek media.. pelajar-pelajar ini juga dikehendaki mewujudkan blog masing-masing. Tugasan sama telah diberikan seperti pelajar full time. All the best to all of you.

Wednesday, July 16, 2008

Terengganu

Esok pagi semua staf akan beramai-ramai pergi ke UiTm Terengganu.. Jadi macam rombongan Cik Kiah pula.. Inilah pengalaman pertama tinggalkan anak semenjak dia dilahirkan 3 bulan lepas.. Namun saya percaya papanya dapat handle dengan sebaik mungkin. Bye anak mama, mama pergi untuk menjalankan tugas dan amanah yg diberi.

Blog lagi...

'Adik-adik' saya telah mula menulis dalam blog masing-masing. Terima kasih kerana anda sanggup meluangkan masa untuk berkongsi matlumat dan idea dgn semua pembaca

Monday, July 14, 2008

Student & Blog

Tak sempat baca surat khabar, menonton berita di TV, kalau beginilah yang terjadi bagaimana nak mengetahui infomasi terkini.. Selalu sangat kita mendengar keluhan tak sempatla baca suratkhabar.. banyak kerjala.. untuk mengelak para pelajar hanya membaca nota-nota kuliah, kelas media bagi semester ini bermula dengan meminta para pelajar menulis dalam blog masing-masing. Mereka diminta berkongsi matlumat yang dibaca dan membuat kajian serba sedikit berkenaan isu yang dipilih dan menulisnya dalam blog mereka. Olahan mestilah kreatif dan menarik dengan memasukkan pandangan dan cadangan mereka berkenaan isu yang dipilh. Selain itu, berita 'hangat' yang dipilih hendaklah salah satunya berkenaan perkembangan sukan dan isu-isu semasa (kecuali isu2 sensitif seperti perkauman, agama, politik dll).

Melalui ruangan sebegini 'diharapkan' ianya dapat membantu pelajar lain mengetahui isu-isu semasa yang terpilih. Satu cabaran buat pelajar - bukan mudah untuk mengutarakan sesuatu isu untuk dijadikan tatapan umum.. tambahan pula mereka diminta memberi pandangan dan pendapat berkenaan isu yang dipilih.. So selamat menulis..

Tuesday, July 8, 2008

Semester Bermula

Kring.... cepat sudah masa berlalu, kuliah semester Julai- Nov 2008 membuka tirainya.

First week kelas bermula masih ada pelajar yang tidak hadir ke kelas. Tapi nak tak nak kelas terpaksa diadakan juga kerana kalau tidak dijalankan takut silibus yg diamanahkan tak sempat dihabiskan.

Pelajar semester ni nampak baik-baik belaka, macam mudah dilentur..(first impression). Walaupun untuk kelas minggu pertama ini nota telah dimasukkan ke dlm i-Learn, namun sistem ni masih tidak dapat digunakan oleh pelajar.. so terpaksala mereka menyalin apa yang patut...

Bagi pelajar semester pertama pula, mereka agak terpingga-pingga bila diberitahu tentang macamana nak download nota kelas melalui sistem i-Learn.. so banyakla sms, dan panggilan telefon yang bertanya tentang perkara ni. Namun saya 'respect' mereka kerana tak mudah putus asa dan berusaha untuk mendapat nota kuliah.

So hopefully pelajar-pelajar ni, tidak akan leka dan berusaha untuk mencapai impian yang dihajati. Kesian pada keluarga (mak, ayah) yang berkorban menghantar dan mengharapkan anak mereka berjaya. Jangan mudah lupa apabila berada di menara gading.

Saturday, July 5, 2008

Keluarga Ku...

Rakaman gambar keluarga

Selamat Menjalani Latihan Praktikal

Semoga Azrul Hisham dan Nuruh Shahida (Shaggy), dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya. Shaggy akan menjalani latihan praktikal di Sri Cempaka International School manakalaAzrul akan bertugas di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kulim.

Semester ini hanya 2 org sahaja di bawah seliaan saya. Nasib baik mereka berdua ni pelajar yang dengar kata & rajin.. so diharapkan mereka dapat menunjukkan prestasi yg cemerlang sepanjang latihan amali dilakukan. Curahkan segala ilmu yg dipelajari dengan mempamerkan kerja yg memuaskan hati semua pihak yer..

All the best to both of u.

Friday, July 4, 2008

International Sports Science Research Workshop 2008

Alhamdulillah tepat pukul 12.15 tengahari tadi, tamatlah bengkel penyelidikan sains sukan yang diadakan di Intekma Resort dari 3-4 Julai 08. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat samaada secara langsung ataupun tidak bagi menjayakan event untuk Fakulti ni.

Penat & letih rasanya semua staf rasai sepanjang 2 hari event ni dijalankan. Ada yang tak lena tidur malam asyik memikirkan sambutan & perjalanan untuk event ni. Kini semuanya telah terjawab dan tahniah kepada semua.

Minggu depan bagi staf akademik bermulalah episod baru... kelas akan bermula dan student menunggu anda. Selamat menjalankan tugas untuk mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna..

Tuesday, July 1, 2008

Injection di Klinik Soraya

Genap darwisy 3 bulan hari nie.. Pagi-pagi dah di mandikan dan di bawa berjumpa Dr. Sebelum nie darwisy ambil injection kat Klinik UMRA. Disebabkan dah daftar namanya, kali nie ambil injection kat panel je. Sampai kat Klinik Soraya kami dapat no 15 (masa tu yg jumpa Dr. baru no 5.) Jenuh gak menunggu dekat sejam, sampai darwisy tertido then barula darwisy dapat berjumpa dr.

Masuk je bilik, dr. terus tengok keaadaannya.. so far sihat cuma nafasnya berbunyi tapi paru-parunya ok. Timbang beratnya dah 6.6kg.. (kusss semangat). Belum sempat dr. inject dia dah mula nak menangis.. bila kena cucuk lagila kuat.. Sebabkan ambil 2 injection so kedua-dua peha darwisy kena cucuk hari nie. Nak diamkan darwisy, papanya terus dukung dan dodoikan. Nasib baik bila di dukung terus diam.. Memang anak papa, manja dgn papanya.

Sebelum balik dr. bagi 2 botol ubat- satu untuk demam dan satu lagi utk cairkan kahak
Darwisy kena jumpa jumpa dr. utk the next injection, waktu umur darwisy 5 bulan..