Tuesday, April 28, 2009

Tugasan Yang Belum Selesai

Bermula last week sampai 10hb May, semua pensyarah akan sibuk menyemak kertas-kertas soalan yang masuk.. Saat-saat inilah yang menguji ketahanan mental dan fizikal.. tambahan pula jika didapati pelajar punya tulisan asal boleh je..aduiiihhh..

Setelah pelajar menjalankan tanggungjawab mereka, masa inilah pula para pensyarah akan mengambil tempat mereka... tanpa mengira masa, amanah yang telah dipertanggungjawab kena dijalankan sebaik mungkin agar pelajar menerima keputusan setimpal dengan usaha yang mereka lakukan.

Kepada pelajar yang telah selesai semua kertas, selamat bercuti dan jangan lupa anda kuliah akan bermula semula pada 6 Julai 09..

Thursday, April 23, 2009

Sale..

Minggu nie banyak sungguh sale.. Ada Sogo sale & Metrojaya Sale.. kat sogo.. adik ipar kata sale barangan bonia.. kalau sogo buat sale jangan citerla ramaila manusia akan berkerumun. Tapi barang-barang sale di Sogo mmg tak mengecewakan..

Di Shah Alam pula bertempat di stadium Melawati ada Metrojaya sale. Tahun lepas pun sale Metrojaya diadakan di tempat yang sama. Barang-barang yang dijual pelbagai dari barangan peribadi ke barangan dapur. Harga boleh tahan terutama kalau masuk time happy hour. Kalau nak cari stok minyak wangi kenalah pergi hari pertama atau seawal yang mungkin.. mmg murah sampai diskaun 70%.. So dapat gaji minggu ni nampaknya kalau semua sale ni kita pergi next week dah gigit jari la kena tunggu gaji next month pula...huhuhu

Wednesday, April 22, 2009

Makan Di Jeram

Tak pernah saya g makan di Jeram.. selalu kalau nak g makan seafood kami akan pergi ke sek 9 je.. 1 April hari tu kami sekeluarga pg mkn kat sek 9 bagi menyambut birthday Darwisy yang pertama. Maka terkuarla citer makan kat Jeram oleh abg saya.. Sempat usik kat dia.. best gak g makan kat sana .. bila nak bawa kami pi?.. Memandangkan abg saya duk di kapar, so beliau pun mencadangkan hujung minggu adalah masa yang sesuai untuk kami ke sana.

Memang best g mkn kat sana... harga mmg murah berbanding di Shah Alam. Masakannya juga ok... Dah jadi ketagih pula.. so minggu nie kalau diizin Allah kami akan berkumpul semua untuk g makan di Jeram..

Monday, April 13, 2009

Temuduga Pelajar Baru

Since last week till this week, semua staf busy dengan interview. Mmg ramai yang memohon so waktu interview hari sabtu utk diploma sampai semua tak menang tangan. Macam-macam ragam pelajar masa interview. Bila lihat rupa family yang datang.. mereka semua berharap agar anak mereka berjaya dalam temuduga terbabit. Namun semuanya bergantung atas usaha anak-anak mereka semasa temuduga dijalankan. Ada yang memang bagus dan ada juga yang tidak serius dan tidak tahu perkembangan sukan yang berlaku. Alasan sibuk tak sempat baca suratkhabar atau tengok TV.

Bila lihat mak ayah mereka atau sanak-saudara mereka yang menemankan calon ke temuduga, teringat saya masa saya temuduga kira-kira 13 tahun lepas. Masa saya datang ke temuduga, saya cuma dihantar oleh abg pada sebelah paginya dan beliau terus ke tempat kerja selepas itu. So kami pada zaman tu kena lari 2.4km.. lepas tu ada english test dan barulah ke panel temuduga.

Calon mmg ramai.. so sebab tiada sesiapa menemankan saya maka, waktu 2.4km, beg pakaian dan abrang-barang yang dibawa saya cuma tinggalkan kat mak ayah org lain utk dijagakan. Begitu juga waktu temuduga berjumpa dgn panel... Masih ingat lagi, makcik itu org terengganu dan anaknya juga ada bersama-sama untuk temuduga.. Nasib baik ada org yang sanggup menjaga barang-barang saya pada masa itu. Kalau tak pakai letak jela.. nasib ada ke tidak lepas itu...Bila difikirkan kemabali, mmg bertuah budak-budak zaman sekarang.. mak ayag sanggup meluangkan masa menghantar dan menunggu anak mereka. Ada juga mak ayah yang menelefon dan bertanyakan macam-macam perkara untuk anak mereka sebelum ditemuduga. So wahai pelajar semua, anda semua bertuah.. so gunakanlah peluang yang ada untuk berjaya.. dan jangan lupa family bila dah berjaya

Thursday, April 9, 2009

Too beautiful not to share....... magic words and phrases"

There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see the world, I will marry you.'

One day, someone donated a pair of eyes to her. When the bandages came off, she was able to see everything, including her boyfriend.

He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected that. The thought of looking at them the rest of her life led her to refuse to marry him.

Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before they were yours, they were mine.'

This is how the human brain often works when our status changes. Only a very few remember what life was like before, and who was always by their side in the most
painful situations.

Life Is a Gift
Today before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat.
Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to GOD for a companion.
Today before you complain about life - Think of someone who died too early on this earth.
Before you complain about your children – Think of someone who desires children but they're barren.
Before you argue about your dirty house someone didn't clean or sweep - Think of the people who are living in the streets.
Before whining about the distance you drive - Think of someone who walks the same distance with their feet.
And when you are tired and complain about your job - Think of the
unemployed, the disabled, and those who wish they had your job.
But before you think of pointing the finger or condemning another - Remember that no one of us is without sin.
And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and think: you're alive and still around.

Kuliah terakhir semester Dis- April

Hari nie merupakan kuliah terakhir untuk saya dengan pelajar-pelajar. Cepat sangat berlalu masa 14 minggu rasanya. Dengan kesibukan mengajar dan menjalankan tugas akademik, saya rasanya masa yang ada macam tak cukup sahaja. Alhamdulliah semua markah dan kerja kursus pelajar telah disiapkan... Pelajar juga telah tahu hasil pencapaian mereka setakat nie. Ada yang bagus dan ada yang cukup-cukup makan. Walau apa pun yang penting setiap pelajar masih boleh memperbaiki keputusan mereka dengan menjawab soalan akhir dengan bersungguh-sungguh. Kena mula dari dari sekarang untuk mengulangkaji setiap subjek yang diambil.

Bagi pelahar 'research project' juga setakat nie pencapaian amat mendukacitakan. Pelajar sehingga ke saat nie masuk tidak dapat menunjukkan prestasi yang diharapkan.. Punyala menunggu questionnaire yang dijanjikan, tapi sehingga nie abyang pun tak nampak. Tak tahu mana silapnya. Bagi setiap pensyarah kita hendak membantu pelajar.. tapi pelajar perlulah ada daya inisiatif untuk melakukan perkara tersebut. Sudah beberapa mesej diberikan tapi maklum balas diterima, masih belum siap puan.... alahai pelajar ku..

Kepada semua pelajar selamat maju jaya. Saya doakan semua berjaya dan gunakan ilmu yang diberi untuk memajukan anak bangsa... teruatamanya menaikkan semua mutu sukan negara..